Thursday, 28 February 2013

HIDAYAHNYA...




Allah sangat sayangkan hambanya..walau dosa menggunung tinggi, tetap Allah sayangkan hambaNya.... kalau dihitung, Ya Allah..banyaknya dosa aku...tapi Allah tetap bagi peluang pada aku untuk terus bernafas di muka bumi ni...betapa aku tak sedar...sebenarnya Allah bagi peluang untuk aku bertaubat, mintak ampun atas segala dosa yang aku pernah buat...Allah tetap lagi kurniakan kejayaan pada aku...tetap bagi rezeki pada aku...Allahhuakbar...betapa besar kasih sayang Allah pada hambaNya......

Bila kita bercakap benda baik, buat benda baik, orang sekeliling akan melabelkan kita.. “dah jadi ustazah la tu”..tak pun, “eleh, cakap benda baik-baik, tapi perangai dia xdela baik mana pon” ataupun  “pakai pakaian mcm tu tak semestinya dia tu baik..same je perangai aku tengok” ade lagi tu, “hai, dah pakai macam tu jangan la keluar2 dengan lelaki lagi”.......itulah sikap manusia sekarang...negatif itu akan selalu ada di mana-mana.....tapi sebagai manusia biasa, bagi aku, kita tak perlu nak terasa hati atau marah dengan orang-orang yang bercakap macam tu....sebaliknya anggap semua tu cabaran sebab kalau kita nak perbaiki diri kita memang itu salah satu cabarannya...;)



******************************************************************
Cuba muhasabah diri, cuba tetapkan keyakinan dalam diri untuk berubah....cuba ajar diri untuk ikhlas berubah kerana Allah dan cuba istiqamah dalam setiap perubahan....Allhamdulillah...Allah permudahkan segalanya.... walaupun tak sepenuhnya, tapi sikit-sikit aku buat perubahan pada diri... tapi apapun aku manusia biasa..masih belajar dan akan terus belajar...malas nak cakap benda ni lebih2 sbb aku manusia yang masih sedikit ilmunya..lagi2 ilmu agama..huhu...tapi aku berusaha untuk perbaiki diri ;)
.......................................................................................................................................................
Allah bagi hidayah atau petunjuk dekat orang ni banyak cara....sama ada kita sedar atau tak je....doalah semoga kita sentiasa jadi orang yang dipilih untuk terima hidayahnya sebelum ajal menjemput kita...;)

No comments:

Post a Comment